- Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian- bahagian dengan fungsi-fungsi yang tersendiri.
- Teori fungsionalisme memberi penjelasan mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi itu dipertahankan.
- Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan keharmonian masyarakat. Pengkaji-pengkaji telah merumuskan tiga andaia iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi.
-Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya.
-Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses yang diadaptasikan daripada struktur sosial kepada pembaharuan.
Teori Konflik
- Apa yang tidak boleh dijawab oleh teori fungsionalisme akan dijawab oleh teori konflik.
- Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku permasalahan di antara individu dan kumpulan-kumpulan di mana mereka akan cuba untuk mempertahankan idea atau pendapat masing-masing.
- Melalui pendekatan ini , pengkaji dapat mengkaji secara tinjauan (survey) yang akan ditanya berdasarkan soalan kaji selidik (questionnaire) yang telah disediakan.
- Terdapat beberapa konflik yang selalu menjadi masalah di sesebuah institusi iaitu sebagai contohnya guru diarah melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka perlu menjalankan tugas mengajar. Maka timbullah konflik di antara tugas mendidik dan tugas sampingan yang di arah.
Teori Interaksionisme
- Lebih memfokuskan kepada proses di mana pengkaji akan mengkaji seorang responden sahaja dan hanya di sebuah sekolah yang dipilih sahaja.
- Teori ini menekankan pendapat responden dan bukan dari pendapat pengkaji itu sendiri. Temu bual ini dijalankan secara mendalam dan lebih terperinci(face-to-face) bersama responden yang dipilih tersebut.
- Pendekatan mikro ini jarang digunakan di institusi dalam mengatasi masalah-masalah di sesebuah institusi kerana setiap institusi lebih menekankan kepada pendekatan makro. Terdapat beberapa aspek yang boleh dititikberatkan dalam menggunakan pendekatan mikro iaitu simbol, perkataan dan bahasa.
- Dalam teori interaksi simbol, pendekatan yang digunakan berkaitan dengan individu dan emosinya. Kajian mendapati individu, emosi, perlakuan dan tindak balas mereka di analisa melalui interaksi sesama individu dalam proses sosial mereka.
No comments:
Post a Comment