Thursday, 11 October 2018

PROSES SOSIOLOGI

DI DALAM PROSES SOSIOLOGI MEMPUNYAI 4 TAHAP. ia menceritakan bagaimana hubungan dengan manusia. malah ia juga terbentuk secara beransur-ansur iaitu secara evolusi.

1.TAHAP PERSIAPAN

  • berkaitan dengan minda seseorang.
2. TAHAP MENIRU
  • budak kecil yang suka meniru. sekiranya berterusan melakukannya, ia akan menjadi satu minat kepada dirinya.
3.TAHAP SIAP SEDIA
  • tahap ini menjadikan individu itu sudak tidak rasa bersalah jika perkara yang dilakukan adalah perkara yang salah ataupun di akan rasa bersalah sekiranya di sedar perkara ituadalah suatu yang salah.
4. TAHAP PENERIMAAN NORMA KOLEKTIF

PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

Di dalam pengurusan dan pembelajaran, terdapat beberapa perkara penting yang menjadi utama

1. Mengurus pelajar.
ya.. sebagai seorang dguru bukan sahaja mengajar akan tetapi perlu mengurus pelajar dari segi pembelajar, kurikulum mental dan fizikal di sekolah.

2. Kenali pelajar yang bermasalah.
Guru-guru perlu peka dengan hal ini kerana ia akan memberi impak kepada diri pelajar dan juga prestasi sekolah.

3.Kaedah pengurusan yangbiasa dipakai:

  • Berpusatkan pelajar.
  • Berpusatkan bahan.
  • Berpusatkan guru.
  • Berpusatkan Pelajar, Guru Dan Bahan
Guruharus menguasai 7 jenis pengetahuan:
1. Pelajar
2. Pedagogi (cara pembelajaran)
3. Kurikulum
4. Konten Pedagogi (mengikut bidang)
5. Kandungan Mata Pelajaran
6. Konteks pendidikan di Malaysia
7. Tujuan dan falsafah pendidikan di Malaysia.

Guru juga perlu membuat beberapa perbandingan dari segi beberapa aspek:
  1. tradisional
  2. moden
  3. barat
  4. islam
  5. cina
  6. india
  7. sepanjang hayat

T E O R I S O S I O L O G I

Teori Fungsionalisme
  • Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian- bahagian dengan fungsi-fungsi yang tersendiri. 
  • Teori fungsionalisme memberi penjelasan mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana sesuatu organisasi itu dipertahankan. 
  • Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan keharmonian masyarakat. Pengkaji-pengkaji telah merumuskan tiga andaia iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. 
-Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan.
-Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya.
-Evolusi pula menggambarkan  perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses yang diadaptasikan daripada struktur sosial kepada pembaharuan.

Teori Konflik
  • Apa yang tidak boleh dijawab oleh teori fungsionalisme akan dijawab oleh teori konflik. 
  • Teori konflik ini menganggap bahawa akan berlaku permasalahan di antara individu dan kumpulan-kumpulan di mana mereka akan cuba untuk mempertahankan idea atau pendapat masing-masing. 
  • Melalui pendekatan ini , pengkaji dapat mengkaji secara tinjauan (survey) yang akan ditanya berdasarkan soalan kaji selidik (questionnaire) yang telah disediakan. 
  • Terdapat beberapa konflik yang selalu menjadi masalah di sesebuah institusi iaitu sebagai contohnya guru diarah melakukan kerja-kerja pentadbiran pada masa yang sama mereka  perlu menjalankan tugas mengajar. Maka timbullah konflik di antara tugas mendidik dan tugas sampingan yang di arah. 
Teori Interaksionisme
  • Lebih memfokuskan kepada proses di mana pengkaji akan mengkaji seorang responden sahaja dan hanya di sebuah sekolah yang dipilih sahaja. 
  • Teori ini menekankan pendapat responden dan  bukan dari pendapat pengkaji itu sendiri. Temu bual ini dijalankan secara mendalam dan lebih terperinci(face-to-face) bersama responden yang dipilih tersebut. 
  • Pendekatan mikro ini  jarang digunakan di institusi dalam mengatasi masalah-masalah di sesebuah institusi kerana setiap institusi lebih menekankan kepada pendekatan makro. Terdapat beberapa aspek yang  boleh dititikberatkan dalam menggunakan pendekatan mikro iaitu simbol, perkataan dan bahasa. 
  • Dalam teori interaksi simbol, pendekatan yang digunakan berkaitan dengan individu dan emosinya. Kajian mendapati individu, emosi, perlakuan dan tindak balas mereka di analisa melalui interaksi sesama individu dalam proses sosial mereka.

PROSES SOSIOLOGI

DI DALAM PROSES SOSIOLOGI MEMPUNYAI 4 TAHAP. ia menceritakan bagaimana hubungan dengan manusia. malah ia juga terbentuk secara beransur-ansu...